Coretan Keyboard ku..


Hati seorang insan 

Maaf jika hanya sakit yg diberikan
maaf jika hanya pahit yg diberikan
Maaf jika aku tidak boleh memberikan lebih pada sepatutnya
Sesungguhnya aku ingin menjaga perhubungan ini sebaik mungkin
Agar lebih mengikuti syariat yang kita cuba pertahankan
Walau kadang2 aku lupa namun aku cuba sebaik mungkin untuk tidak
jatuh terlalu dalam
Maafkan aku kerana aku tidak sempurna dimata kamu
Sesungguhnya kesempurnaan hak milik  allah
Maaf aku bukanlah impian mu
Maaf aku bukanlah seorang yang seperti yang kamu inginkan
NAMUN
Aku juga punya hati
Aku juga punya perasan cemburu
Aku juga punya perasaan sakit melihat orang disayangi bersama yang lain
Aku juga penat apabila bertalu-talu disakiti oleh insan lain
Aku juga kadang2 mudah mempercayai sesuatu yg belum pasti
Aku juga lemah dalam membuat keputusan
Aku juga seperti wanita lain yg mudah terlukaAku juga mudah terjatuh apabila gagal
Aku juga insan yang bernama manusia
yang sering membuat kesalahan 
yang selalu bertindak melulu mengikut perasaanku
NAMUN
Aku juga akan bangkit
Aku juga akan sentiasa sedar tiada yg lebih kuat dari cinta kepada Allah
Aku juga sentiasa tahu kamu tidak semestinya untukku
Aku mudah marah dan memaafkan
Aku juga tahu setiap kesalahan yang dilakukan ada akibatnya
Aku tahu aku akan terus tersenyum
kerana aku bukanlah pemilik seluruh masalah dunia
Aku sedar dibandingkan dengan masalah lain
masalah ku hanya serpihan pasir yg tidak belum teuntu dikutip kembali
Aku tahu aku punya semangat untuk kembali tersenyum
Aku tahu aku punya ALLAH yg sentiasa disampingku
Aku tahu aku punya keluarga yang menemani ku
Aku tahu aku punya teman disaat lelah ku
Aku tahu aku punya kamu yg sentiasa menenangkan jiwaku
Wahai lelaki jika kamu menjatuhkan hati wanita
Angkatlah kembali hatinya ,bersihkan kembali hatinya
Simpanlah hatinya di tempat yang sepatutnya
Janganlah kamu membiarkan ia jatuh
Dan terus terjatuh
Sehingga satu saat
Hati itu tidak lagi kelihatan kelibatnya
Wahai wanita jika kamu jatuh cinta
jangan biar ia jatuh dan hancur berkecai
Sambutlah kembali hatimu
Bersederhanalah kamu
Kerana hati itu milik kamu
dan bila kau menerima hati lelaki
jagalah ia ,bersihkanlah ia
kembalikanlah kepada empunya dirinya
kerana hanya dia yg berhak menyimpan hatinya 


Saja-sAja : N.C.M  O.O

SeBArkan Sayap PeNUlisan O.O

No comments:

Post a Comment

Copyright© All Rights Reserved NewCastleInsan.Blogspot.